B M’sia

KEMPEN PRAPASKA 2016 – Berbelas Kasihan Seperti Bapa

logo-lent2016-fin-BM-o-Hi

Mesej Sempena Kempen Prapaska 2014

Proses Pembaharuan
Pertumbuhan, pembaharuan dan transformasi adalah antara aspek terpenting dan antara komponen intrinsik di dalam kehidupan seorang umat kristiani yang matang. Seiring dengan Gereja Universal, Gereja-gereja tempatan di Malaysia turut menitikberatkan keperluan pembaharuan tahunan melalui dan semasa musim Prapaska, sekaligus menggerakkan kita ke arah perubahan dan transformasi yang nyata dan konkrit. Segala doa dan amalan Prapaska kita di musim Prapaska haruslah menyerlahkan ekpresi utuh pembaharuan ini. Untuk itu, Gereja sekali lagi memanggil, mendorong dan mencabar kita di musim Prapaska ini untuk membuat keputusan yang tepat, mengambil tindakan yang bersesuaian untuk melancarkan segala bentuk tindakan sesuai dengan iman kepercayaan kita, serta bersesuaian dengan nilai-nilai Kerajaan Tuhan.

Membina Kerajaan-Nya
Di dalam menyemarakkan semangat pembaharuan di musim Prapaska ini, kita perlu memfokuskan semula diri kita dengan memberikan sepenuhnya komitmen kita – sebagai individu mahupun secara berkumpulan – untuk menjadi agen perubahan umat Kristian yang sentiasa bertekad di dalam misi membina kerajaan Tuhan samaada di dalam keluarga kita, Komuniti Kristian Dasar (KKD) dan juga di dalam komuniti-komuniti lain dimana yang mana kita terlibat secara langsung. Berpandukan tiga amalan berganda Prapaska iaitu Berdoa, Berpuasa dan Bersedekah, kita akan mendapat pemahaman yang lebih baik, penerimaan dan amalan yang teguh untuk menyahut panggilan Dia dan terus melayani dengan penuh kasih setia di Kebun Anggur Tuhan.

Fokus Tema
Pada tahun ini, Keuskupan Agung Kuala Lumpur menetapkan tema – Berbelas Kasihan Seperti Bapa – ia juga merupakan moto bagi Tahun Jubili Kerahiman 2016 seperti yang telah dinyatakan oleh Bapa Paus Fransiskus. Tema ini sangat memperkaya dan memperkukuhkan kita ke arah perubahan yang lebih positif dan sekaligus memperbaiki hubungan dan komunikasi kita dengan mereka yang tinggal di persekitaran komuniti kita termasuklah ahli keluarga kita.

Tema penting ini – berlandaskan pada kerahiman dan belas kasihan – memanggil, mendorong dan mencabar kita untuk menjangkau jiran-jiran kita dengan penuh belas kasihan (tanpa mengambil kira siapa pun mereka). Jadual Refleksi Mingguan turut membantu dengan sub-sub tema bagi mendukung amalan dan prinsip belas kasihan dan sub-sub tema ini diolah di dalam bentuk enam konteks.

Aktiviti Prapaska
Di dalam garis panduan aktiviti, pelbagai cadangan dan pendapat – mengikut tiga kategori iaitu pelajar katekesis, kumpulan belia dan golongan umat dewasa – dibentangkan dan dengan itu berdasarkan itu juga, pihak AOHD telah membentuk fokus tindakan bagi menggalakkan penglibatan aktif di dalam aktiviti Prapaska sesuai dengan misi pembaharuan dan transformasi. Selain untuk mewujudkan kesedaran yang lebih tinggi dan dan pemahaman yang lebih mendalam berkenaan dengan Prapaska dan signifikannya di dalam kehidupan umat Kristian, aktiviti-aktiviti yang telah disusun atur akan turut membantu kita untuk mengenali dan memahami realiti-realiti sebenar di dalam masyarakat kita.

Kit Sumber
Pejabat Keuskupan Pembangunan Kemanusiaan (AOHD) telah menerbitkan Kit Sumber Kempen Prapaska untuk memberikan garis panduan dan material lengkap dan relevan dengan aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan. Kami menggalakkan anda untuk menggunakan sumber-sumber yang telah disediakan, dan/atau membuat bahan atau sumber lain yang bersesuaian serta praktikal dengan kumpulan dan komuniti anda. Sumber-sumber yang disediakan di dalam kit tersebut turut mempunyai pautan dengan media sosial, yang mana penggunaannya semakin popular di kalangan masyarakat dan juga generasi muda.

Memperkayakan Kualiti Kehidupan
Sekali lagi pada tahun ini, dan juga sebagai umat yang komited serta memegang peranan penting sebagai pendiri Kerajaan-Nya, marilah kita secara individu dan secara kolektif membuat perubahan di dalam komuniti kita, khususnya kepada golongan yang tertindas, terpinggir dan tidak berdaya. Musim Prapaska adalah masa yang paling sesuai untuk kita memulakan atau meneruskan misi pembaharuan dan transformasi … dengan Berbelas Kasihan Seperti Bapa, dan dengan menaruh belas kasihan di dalam komuniti kita.

Semoga perjalanan Prapaska anda diperkuatkan dan berhasil lumayan.

Rev. Albet Arockiasamy
Pengarah, Pejabat Pembangunan Kemanusiaan
Keuskupan Agung Kuala Lumpur

___________________________________________________

PENGENALAN

Tetapi hendaklah kamu menjadi pelaku firman dan bukan hanya pendengar saja … Barangsiapa yang mendengar firman dan … sungguh-sungguh melakukannya, ia akan berbahagia oleh perbuatannya. (Yak 1:22-25)

Kempen Prapaska
Kempen Prapaska merupakan satu program kerohanian gereja Katolik dengan bertujuan untuk menggalakkan penglibatan aktif umat beriman di dalam tiga amalan penting semasa menjalani ibadah Prapaska iaitu dengan berdoa (Mat 6:6), berpuasa (Mat 6:17) dan bersedekah (Mat 6:2). Hasil yang terbentuk daripada amalan dan usaha-usaha ini adalah khusus untuk misi pembaharuan dan transformasi.

Visi Kempen Prapaska adalah untuk membentuk satu komuniti Katolik yang aktif dan sama-sama bertanggungjawab di dalam membangunkan kerajaan Tuhan, sementara misi kempen ini adalah untuk menggalakkan pemerhatian spiritual secara aktif sepanjang musim Prapaska melalui tindakan dan keputusan yang amat teliti dan seterusnya menjurus kepada panggilan pembaharuan dan transformasi di kalangan umat Katolik dan juga komuniti Katolik.

Di Keuskupan Agung Kuala Lumpur, program Kempen Prapaska adalah berlandaskan ajaran sosial gereja Katolik dam akan dianjurkan dan dilaksanakan oleh Office for Human Development (AOHD).

Tema Kempen
Kempen Prapaska tahun 2015 akan membawakan tema utama BERBELAS KASIHAN SEPERTI BAPA, dengan fokus tindakan Menunjukkan Belas Kasihan di dalam Komuniti. Sub-sub tema juga turut disediakan didalam Jadual Refleksi Mingguan selama enam minggu untuk menggalakkan refleksi Bacaan Injil secara aktif.

Sumber dan Bahan Kempen Prapaska
Kempen Prapaska 2016 akan disokong dengan pelbagai sumber seperti material bercetak, program video dan slaid powerpoint yang akan digunakan di setiap paroki dan Komuniti Kristian Dasar (KKD). Sebagai tambahan, kempen ini akan turut mengetengahkan proses pembelajaran dan advokasi melalui media sosial, disebarkan melalui jaringan rangkaian sosial dengan harapan supaya umat beriman boleh terlibat dengan secara aktif dan effektif melalui pelbagai platfom.

Kit Kempen Prapaska 2016 telah disediakan khas dan lengkap dengan sumber dan material yang bersesuaian dengan semua lingkungan umur umat Katolik. Semua latihan dan aktiviti – adalah disasarkan kepada misi pembaharuan dan transformasi – dan juga sesuai diambil secara individu dan/atau secara berkumpulan.

Kempen Prapaska 2016 akan dilaksanakan di setiap paroki, dan juga secara atas talian oleh pelbagai kumpulan seperti para katekumen/katekesis, golongan belia, golongan dewasa yang belum berkahwin, mereka yang telah berkahwin, golongan profesional, warga emas dan kumpulan migran.

KEMPEN PRAPASKA 2016

TEMA UNTUK 2016: Berbelas Kasihan Seperti Bapa

RUJUKAN INJIL: Lukas 6:36 (Hendaklah kamu murah hati, sama seperti Bapamu adalah murah hati)

FOKUS TINDAKAN UNTUK 2016: Menunjukkan Belas Kasihan di dalam Komuniti

Rasional Tema
Tema untuk Kempen Prapaska 2016 ialah Berbelas Kasihan Seperti Bapa. Penglibatan kita di dalam gereja dan juga di dalam komuniti seharusnya dipengaruhi dan diperisakan dengan nilai-nilai dan prinsip belas kasihan, yang sememangnya telah diperkaya dengan belas kasihan Tuhan yang Maha Rahim. Dengan cara ini, hubungan kita dengan pelbagai lapisan masyarakat di dalam komuniti – sesama jiran, KKD, kawan sekerja, para pelajar, Gereja, pihak berkuasa tempatan, agensi-agensi penguatkuasa, orang ramai di tempat umum, pejabat, dll. – akan membuka peluang keemasan yang luar biasa untuk kita menunjukkan dan menyatakan belas kasihan sebagai umat Kristian, dan sekaligus menjadikan kita umat sebagai gambaran Tuhan dan saksi kepada kerahiman Tuhan.

Kita melihat dan mengenali Kristis di dalam diri orang lain tidak kira apa jua fahaman politik mereka, etnik, agama, budaya dan keadaan sosio-ekonomi mereka. Kita bekerja bersama bukan semata-mata untuk kedamaian dan kesatuan, sebaliknya membangunkan kedamaian dan kesatuan itu dengan penuh belas kasihan – seperti yang kita lihat di dalam firman Tuhan.

Petikan Injil Utama
Rujukan utama petikan Injil kepada tema ini dipetik dari Lukas 6:36, Hendaklah kamu murah hati, sama seperti Bapamu adalah murah hati

Fokus Tindakan
Selaras dengan tema, fokus tindakan untuk Prapaska 2016 ialah Menunjukkan Belas Kasihan di dalam Komuniti. Belas kasihan adalah kualiti penting yang membolehkan kita untuk menjadi insan sepenuhnya. Apabila kita menunjukkan belas kasihan terhadap orang lain, atau belas kasihan ditunjukkan kepada kita, kita pasti akan menyedari rahmat Tuhan yang kaya di tempat kerja dan juga di dalam komuniti kita. Belas Kasihan sangat memperkaya dan boleh menghidupkan hubungan keluarga dan komuniti kita, kerana kita bersandar kuat kepada Berita Baik yang dibawa oleh Yesus Kristus sendiri. Sentuhan kerahiman penuh berbelas kasihan menghidupkan dan memperbaharui kita, dan menganugerahkan hidup baru di dalam hubungan kita – apabila kita melihat dan berhubung dengan orang lain melalui pandangan mata Tuhan.

Fokus tindakan menekankan keperluan untuk kita bergerak aktif dan menunjukkan belas kasihan di dalam segala aspek kehidupan: agama, sosial, politik, ekonomi, budaya dan juga alam sekitar. Dalam erti kata lain, belas kasihan harus menjadi cara hidup kita, dan menjadi ungkapan konkrit kerohanian kita. Belas kasihan memegang prinsip dan nilai yang lebih besar dari keadilan dan kesaksamaan. Sementara itu, kita juga perlu mengambil akauntabiliti dan bersikap telus di dalam perhubungan kita dengan pelbagai sektor dan terhadap anggota-anggota di dalam komuniti kita – walaupun berhadapan dengan cabaran, rintangan dan halangan. Kita tidak boleh menunjukkan belas kasihan dengan niat tertentu atau secara pilihan, atau mengikut keselesaan kita – belas kasihan harus menjadi sebahagian di dalam kehidupan kita sebagai umat Kristian dan menurut iman kepercayaan kita.

Tema dan fokus ini sekaligus mengingatkan dan menyakinkan kita bahawa dengan mengamalkan dan menunjukkan belas kasihan kita (di dalam perhubungan kita – secara berkekalan mahupun sementara – dan di dalam komuniti) kerana ia adalah sebahagian penting di dalam misi membina Kerajaan Tuhan.

Musim Prapaska adalah masa yang paling sesuai dan paling kondusif untuk kita meneruskan amalan belas kasihan di dalam paroki dan juga di dalam komuniti kita, dan dengan itu, kita dapat terus mengamalkan dan menyatakan belas kasihan kita kepada enam aspek utama di dalam kehidupan kita: peribadi, keluarga, KKD, tempat kerja atau sekolah, komuniti dan juga Negara.

______________________________________________________

SUB TEMA MINGGUAN

Berbelas Kasihan sebagai kriteria Kerajaan yang hidup

Iman kepercayaan mencerminkan Belas Kasihan Tuhan

Menjadi saksi yang hidup kepada Belas Kasihan Tuhan

Berbelas Kasihan sebagai jalan sukacita dan pengharapan

Menberikan kehidupan dengan Berbelas Kasihan

Berbelas Kasihan Sebagai Jalan Hidup

______________________________________________________

RASIONAL PADA TEMA LOGO
Gandingan logo dan moto jelas merumuskan gambaran sempena Tahun Jubili Belas Kasihan. Moto Berbelas Kasihan Seperti Bapa (dipetik dari Lukas 6:36) adalah sebagai satu jemputan kepada semua umat untuk meneladani belas kasih Tuhan yang tanpa jemu mengajak kita supaya tidak menghakimi atau mengutuk sebaliknya saling mengampuni dan mengasihi sesama tanpa batasan.

Logo menunjukkan bagaimana Bapa memberikan bahu-Nya kepada si anak yang rapuh dan hilang jiwanya. Logo ini menggambarkan betapa Tuhan sebagai Gembala yang Baik menjamah kita dengan cara yang paling dalam dan betapa kasih-Nya yang berkuasa itu boleh mengubah hidup kita.

Satu ciri yang ketara Dia sebagai Gembala yang Baik, dengan segala rahmat belas kasihan-Nya, merendahkan diri dengan menjadi manusia, dan melihat dari pandangan mata seorang manusia. Kristus melihat melalui pandangan mata Adam, dan Adam melihat melalui pandangan mata Kristus. Setiap umat manusia akhirnya dapat melihat dengan pandangan Kristus, menjadi Adam yang baru, dan manusia itu sendiri pada masa akan datang dapat menilai kasih Tuhan menerusi pandangan-Nya.

Peristiwa ini diolah membentuk mandorla (berbentuk seperti kacang almond/badam) dan sebagai peringatan kepada kita akan dua sifat Kristus, sebagai Tuhan dan sebagai manusia. Bentuk memusat tiga oval, dan warna-warna progresif yang semakin cerah bergerak ke arah luar, melambangkan pergerakan Kristus yang membawa umat manusia keluar dari kegelapan dosa dan kematian.

 

____________________________________________________________________

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s